Memulakan revolusi dapur yang lebih mudah, tanpa mengorbankan keaslian rasa.
Tumis diasaskan selepas melihat cabaran mak-berkerja yang mahu menghidangkan masakan terbaik untuk keluarga, namun sering kali kesuntukan masa. Urusan mengupas bawang, memotong cili, dan mengisar sering mengambil masa yang lama.
Kami hadir untuk menjadi "tangan kanan" anda di dapur. Menggunakan bahan-bahan segar terpilih yang diproses secara tradisional namun dalam kawalan kualiti yang ketat, kami membotolkan kesegaran untuk kegunaan terus anda.
Tidak. Semua produk Tumis menggunakan bahan asli tanpa pengawet dan tanpa pewarna tiruan.
Tumis direka khas untuk ibu bekerja yang mahu menyediakan masakan lebih cepat tanpa mengurangkan rasa.
Menjadi jenama rencah masakan pilihan nombor satu di Malaysia yang dikenali kerana kualiti dan integriti rasa.
Membantu 1 juta keluarga Malaysia menikmati hidangan rumah yang enak dengan cara yang lebih mudah dan pantas.